Kisah ini betul-betul terjadi, patut lah ramai yang cakap penjara tersebut memang menyeramkan. Bagi anda yang lemah semangat dinasihati supaya jangan terlalu memikirkannya. Berlaku di Penjara Pudu Kuala Lumpur di suatu ketika dulu. Cerita ni tersebar kepada orang-orang yang terhampir sahaja bagi mengelakkan tanggapan negatif terhadap penjara pudu ni. Tiada siapa yang tahu disebalik lukisan mural yang terpanjang di dunia ni sebenarnya mempunyai sebuah kisah disebaliknya. Sebelum Penjara Pudu ditutup dulu pernah diceritakan bahawa terdapat satu bilik dipanggil “Bilik Terakhir”. Di bilik inilah seringkali berlaku kejadian pelik sejak Penjara Pudu ditutup.
Dinamakan “Bilik Terakhir” adalah kerana dulu ia merupakan bilik kediaman terakhir bagi si pesalah jenayah berat sebelum menjalani hukuman gantung sampai mati pada keesokan harinya dibilik gantung. Di BILIK TERAKHIR inilah pesalah dikatakan akan meratap, menangis, menjerit, bercakap seorang diri dan berbagai lagi perlakuan kerana menyesali kesalahan mereka yang lalu. Mereka menjadi begitu kerana dikatakan tidak kuat semangat menghadapi maut keesokan harinya yang telah diketahui mereka.
Menurut cerita dari warden-warden yang masih ada di Penjara Pudu sewaktu proses pengosongan Penjara Pudu dijalankan, mereka sering terdengar suara-suara sayu meminta tolong, suara orang menangis dan bermacam-macam lagi dari BILIK TERAKHIR tesebut. Tak kurang juga ada diantara warden yang terlihat seekor kambing hitam sering masuk menembusi pintu bilik itu tanpa dibuka dan kemudian tidak pula kelihatan kambing keluar semula. Ramai bomoh dan pawang yang dipanggil bagi memulihkan bilik tersebut mengatakan bahawa suara-suara yang sering kedengaran diwaktu malam dari Bilik Terakhir itu adalah akibat roh-roh pesalah yang mati ditali gantung tersebut tidak tenteram kerana mati mereka ditali gantung.
Penjara Pudu di Kuala Lumpur dibina semasa zaman penjajahan British pada 1891 untuk menempatkan seramai 600 orang banduan. Blok-blok baru kemudian ditambah sehingga enam buah dan mengandungi 130 buah sel dengan kapasiti dapat menampung sebanyak 2,000 orang banduan. Walaubagaimanapun, pada 1985, lebih daripada 6,500 banduan dipenjarakan dan menyebabkan banduan terpaksa tidur bergilir-gilir. Keadaan kekurangan ruang yang amat pesat itu telah memaksa Penjara Pudu untuk berpindah.
Penjara Pudu dibuka kepada orang awam untuk lawatan pada 3 Mei 1997, lebih daripada enam bulan selepas banduan terakhir dipindahkan ke Penjara Sungai Buloh. Lebih daripada RM1.7 juta dibelanja bagi mengubah-suai penjara ini untuk dijadikan tarikan pelancong. RM12 dikenakan bagi setiap pelancong yang melawat ke penjara ini. Penjara Pudu ketika itu telah diuruskan sepenuhnya oleh Jabatan Penjara Malaysia.
No comments:
Post a Comment