KISAH TOYOL
KISAH TOYOL
Alkisahnya seorang pemuda pemalas tetapi hensem tinggal bersama isterinya di sebuahkampung ( lupa nama ). Semin ( bukan nama sebenar ) mewarisi beberapa hektar tanah milik mertuanya. Tapi dia terlalu malas untuk mengerjakannya . Dia ingin menjualnya bagi mendapatkan wang, tatapi ditegah oleh isterinya. Dia mendapat akal lalu berjumpa dengan seorang bomoh kurang ternama. " Tok, kalau boleh saya nakkan seseorang atau ape-ape yang boleh kerjakan tanah saya. Tak kiralah Doraemon ke, Power Rangers ke, Jin ke, asal bukan Bangla ngan Mat Indon dah ler," ujar Semin kepada Tok Bomoh yang bernama Wak Krontong. " Boleh, boleh...cuma RM60 aje, termasuk kos penghantaran. Jangan lupa pengerasnya 3 paha ayam Taza dan teh'o' limau," jawab Tok Bomoh penuh yakin. "Apa Tok nak bagi saya nih ?" soal Semin penuh minat. "Mmmm... toyol. Toyol nih rajin rajin bekerja, tapi kalau dia tak ada kerja dan tak diberi kerja,aiseymeen...habih engkau dia kerjakan. Ingat tu!!" jelas Wak Krontong." Kentaki ngan teh 'o' limau nak buat ape tok?' tanya Semin lagi." Apa lagi, aku nak sental sendiri la...ko ingat aku terima cash saje ker? Kad kredit pon aku trima gak," jawab Wak Krontong selambe dengan kereknya.
Setelah berpajak gadai, termasuk spende, Semin akhirnya mendapat barang yang ditempahnya, toyol botak dengan perut buncit. Dipendekkan cerita, minggu demi minggu tanah kepunyaan Semin sudah dibersihkan dan ditanam dengan sayur dan pokok buah-buahan. Akhirnya semua kerja yang diberikan oleh Semin telah dibereskan oleh toyol tersebut. Suatu hari, si toyol bertanya kepada Semin. "Tuan, takde keje lain ke?' Boring giler melepak dengan toyol jiran sebelah." Semin teringatkan pesanan Tok Bomoh. Dia pun memikirkan kerja yang perlu diberikan kepada toyol, kalau boleh secepatnya. Takut-takut toyol naik angin. Sambil menggaru-garu 'benda' di celah seluar jeansnya yang sendat, dia memikirkan kerja yang perlu diberikan kepada toyol. Semua kerja yang diberikan kepada toyol telah dibereskan dengan jayanya. Hah....akhirnya dia mendapat idea. Tangan Semin mencari sesuatu di tempat yang digarunya tadi. Dikeluarkannya sehelai rambut lalu dipanggil toyol yang sedang berjudi dengan toyol jiran sebelah."Yol Ooohh Toyol!' jerit Semin tanpa ragu-ragu memanggil kulinya." Ya tuan ada apa tuan panggil saya, ada projek baru ke?' tanya Toyol. "Nah ambik nie, ini dia kerja baru kau. Aku nak kau luruskan benda nie sampai lurus macam rambut Kurt Cobain,"jelas Semin. "Siapa Kurt Cobain?'tanya Toyol keheranan."Eh, kau tak tau ke sape dia?" tanya Semin lagik keheranan + bengang. "Tak."jawab Toyol. "Alahh...bebudak kampung nie ramai pakai baju gambar die," kata Semin."Oooo...yang ade tertulis tahun 1967-1994 tue ke?" soal Toyol. "Haah....tau pun kau. Engkau tak penah dengar lagu Nirvana ke?"Semin bertanya.Toyol menggelengkan kepalanya tanda tak penah dengar. "Habih tuh, kau dengar lagu ape?"Semin menambah. "Lagu kumpulan Anak-anak Belalang," Toyol manjawab dengan selamba. Semin tergelak sampai tergolek-golek mendengar jawapan kulinya yang bangang.
Selepas itu Semin menyalakan mancis untuk merokok. Setelah itu dia menyedutnya dalam-dalam. "Apapun, kau mesti luruskan benda nie sampai dapat.Ada banyak lagi aku simpan.O.k?"kata Semin. "Baik Boss,"jawab Toyol sambil tersenyum mengenangkan betapa mudahnya kerja barunya. Tanpa mengenal penat dan lelah Toyol cuba meluruskan rambut yang diberikan oleh tuannya. Namun hampa.Hari demi hari, minggu demi minggu berlalu. Berlanjutan hingga berbulan-bulan. Toyol tetap berusaha walaupun benda itu tetap bengkok-bengkok macam akar kayu kat hutan.
Suatu hari Toyol melepak kat bawah tangga rumah tuannya sambil cuba untuk meluruskan rambut yang diberi oleh Semin . Toyol nekad untuk mencuba hingga petang nanti, kalau tidak boleh dia akan seterika benda tu. Tak disangka-sangka isteri Semin kebetulan berada di atas tangga untuk menyapu. Toyol secara tak sengaja mendongak dan terpandang ke atas. Muka Toyol tiba-tiba berubah pucat, pucat sampai ke giginya. Toyol memandang rambut yang dipegangnya seraya mendongak ke atas dan melihat sesuatu di celah kain isteri tuannya. Dia terkejut melihat betapa banyaknya rambut yang tuannya simpan untuk diluruskan, sedangkan yang tuannya berikan tempoh hari masih belum dapat diluruskan. Tanpa banyak berfikir toyol terus cabut lari.Dia tension gile. Dia bertekad tidak akan buat keje tuh lagi.
AHMAD AMIRUDDIN BIN MAT YUSOFF
..TAMAT...
|
Thursday, March 19, 2015
T O Y O L
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment