Villa Nabila adalah sebuah bangunan misteri di Pantai Lido, Johor Bahru yang telah lama menjadi bualan masyarakat JB. Dikatakan Villa Nabila adalah sebuah rumah banglo yang berhantu kerana penghuni rumah tersebut iaitu Nabila didakwa mati di bunuh di rumah tersebut. Lokasi Villa Nabila juga berdekatan dengan istana Sultan Johor.
Tiada sumber rasmi yang mengisahkan tentang individu bernama Nabila ini dan keluarganya. Tetapi kebanyakkan penduduk akan bercakap tentang cerita yang hampir sama tentang Villa Nabila. Menurut cerita orang ramai, Villa Nabila ini dikatakan berhantu kerana penghuni rumah tersebut iaitu Nabila dikatakan dibunuh di rumah tersebut oleh pekerja yang sedang renovate rumah itu dengan cara dirogol, dibunuh dan disimen didalam konkrit rumah tersebut. Pada masa itu dikatakan ibu bapa Nabila keluar atas urusan kerja untuk beberapa hari.
Dikatakan juga Nabila adalah pewaris harta kekayaan ibu bapa beliau kerana dia menjadi anak kesayangan dalam keluarga beliau. Kemudian Nabila dibunuh oleh ibu saudaranya kerana ingin merebut harta warisan ibu bapa Nabila. Di samping it,. ada juga yang mengatakan Nabila membunuh diri kerana tekanan.
Kini banglo tersebut terbiar dengan semak samun yang menjalar dan lebih kelihatan menyeramkan dan misteri. Ada sesetengah individu yang memberanikan diri masuk ke kawasan Villa Nabila tersebut dan mengalami pengalaman yang menakutkan. Ada yang terjumpa kelibat Nabila, ada yang tidak menemui jalan keluar dan ada yang sebaliknya tetapi di ganggu pula oleh makhluk halus setelah keluar dari kawasan Villa Nabila.
Apa pun kisah yang berkisar tentang Villa Nabila itu, hanya Allah yang Maha Mengetahui kebenarannya. Oleh itu, janganlah kita membuat andaian kita sendiri kerana kita tidak mengetahui perkara yang sebenar. Kepada mereka yang ingin ke Villa Nabila tersebut, elakkan daripada melakukan perkara-perkara yang tidak elok dan berniat serong. Ini kerana niat yang tidak baik boleh membuatkan makhluk halus di kawasan tersebut "berminat" dengan anda.
Berikut adalah beberapa versi daripada kisah Villa Nabila ini :
Versi 1 – Terdapat satu keluarga yang kaya yang hidup dengan bahagia kat villa ni. Ditakdirkan si ibu dan ayah meninggal dunia, lalu tinggallah anak diorang yang bernama Nabila bersama orang gajinya. Nabila bakal mewarisi segala harta ibu bapanya tapi dibunuh oleh orang gajinya lalu mayatnya disimen di satu kawasan rumah tersebut. Kisah ni paling lemah untuk kita percaya sebab tak dinyatakan atas sebab apa Nabila dibunuh dengan kejam oleh orang gajinya.
Versi 2 – Nabila mempunyai sebuah keluarga yang sangat kaya. Satu hari, banglonya dirompak dan semuanya dibunuh kejam. Banglo tersebut dibiarkan tanpa penghuni hingga tumbuh semak-samun. .
Versi 3 – Keluarga Nabila telah dirompak. Nabila dirogol lalu dibunuh dengan kejam, kemudian mayatnya ditanam di dalam dinding rumah tersebut.
Versi 4 – Keluarga Nabila adalah keluarga yang bahagia pada asalnya. Tapi pada satu hari bapa Nabila mengamuk lalu menembak semua penghuni yang ada dalam rumah tersebut sebelum membunuh dirinya sendiri.
Versi 5 – Villa ni sebenarnya dinamakan Christine Palace sempena nama isteri seorang ahli perniagaan dari Barat. Dikatakan sebelum membina villa tersebut, si suami berjanji untuk bagikan tanah tersebut dengan 6 orang adik-beradiknya yang berada di negara asalnya. Tapi bila si suami dah dapat tanah tu, dia mungkir janji lalu mengundang kemarahan adik-beradiknya yang lain. Kemudian, adik-beradiknya yang berasa marah mengutuskan dua orang sebagai wakil untuk berurusan dengan si suami tersebut. Entah apa yang berlaku, dua orang wakil tersebut berang lalu mengugut si suami untuk membahagikan tanah tersebut kepada yang lain selepas membunuh anaknya. Si suami tetap berkeras, lalu dua orang samseng tersebut membunuh isterinya pula namun si suami tetap dengan sifat tamaknya. Akhir sekali, si suami juga dibunuh. Villa tersebut dibiarkan tanpa penghuni sehingga 70 tahun lebih kurang. Berdasarkan versi ke-5 ni adalah juga logiknya sikit. Menurut orang yang pernah ke jalan Strait View di mana lokasi villa ni berada, terdapat pintu gerbang yang tertulis Christine Palace yang terletak di kaki bukit tersebut. Menurut cerita seorang lagi ahli forum Cari, maknya pernah bagitau yang villa tu dah ada kat situ sejak tahun 60-an lagi. Villa tu sangatlah cantik pada masa tu. Kemudian sekitar tahun 80-an villa tersebut jadi tempat yang happening yang sering dikunjungi ramai orang berada termasuklah mat-mat salleh. Kemudian sekitar tahun 90-an villa tersebut mula kosong. Start dari situlah mulanya kisah-kisah misteri yang diceritakan orang dari mulut ke mulut. Biasalah, bila dah cerita tu mesti ada orang yang akan tambah gula sikit, garam sikit nak bagi cerita lagi best. Itu yang jadi macam-macam versi sekarang ni.
Versi 6 – Versi terakhir ni adalah versi yang boleh diterima akal. Menurut cerita, dahulunya villa tersebut dimiliki oleh seorang Dato’ berbangsa Cina. Tapi atas sebab-sebab tertentu status Dato’ beliau dilucutkan, kemudian dia tidak lagi menetap di villa tersebut. Villa tersebut hanyalah dijadikan sebagai tempat untuk bercuti atau beristirahat bersama keluarganya. Atas sebab tertentu juga dia sekeluarga tidak lagi menghiraukan villa tersebut.
No comments:
Post a Comment